Sunday, 16 June 2013

7 gambar ahli tinju sebelum dan selepas perlawanan

Sukan tinju merupakan salah satu sukan yang telah lama dipertandingkan. Menurut sejarah sukan tinju sudah diterima sejak zaman Yunani purba sebagai satu sukan dalam Olimpik seawal 688 sebelum masihi. Sukan tinju sememangnya sukan yang diminati kerana sukan ini memberikan adrenaline bukan sahaja kepada pininju tetapi bagi penontonnya juga. 

Tetapi, disebalik kehebatan sukan tinju, terdapat kesan lain yang diterima oleh peninju yang tidak lain dan tidak bukan kesan lebam pada seluruh anggota badan selepas beradu tenaga. Oleh itu, jom kita saksikan 7 gambar keadaan peninju sebelum dan selepas perlawanan mereka:









Pertandingan Tiru Gaya Babi dalam Festival Babi

La Pourcailhade (juga dikenali sebagai La Fete du Cochon atau Festival Babi) adalah satu perayaan untuk babi yang diadakan setiap tahun pada bulan Ogos di Bandar indone-sur-Ba�se, Perancis. 

Perayaan babi ini pertama kali diadakan pada tahun 1975 dan dianjurkan oleh La Confr�rie du Cochon atau Persatuan Babi. Pesta ini mempunyai banyak acara seperti pameran baka babi, pertandingan paling banyak makan dan pelbagai lagi pertandingan lain. Pertandingan yang paling popular adalah "Le Championnat de France du Cri de Cochon" ("Kejohanan Tiru Gaya Babi"), di mana peserta perlu meniru gaya babi dengan membuat pelbagai aksi menyerupai babi seperti kostum, tingkah laku dan suara babi.

Komen Admin: Kecik-kecik tak nak mampus, dah besar nak jadi babi. Berapa banyak perkataan babi daaa...

Lagi Gambar Pertandingan Tiru Gaya Babi:



Saturday, 15 June 2013

Jari palsu untuk bekas ahli Yakuza


Shintaro Hayashi, seorang pakar pembuat prostetik dari Jepun, telah membantu ramai bekas anggota Yakuza atau Mafia Jepun sejak 10 tahun yang lepas. Beliau telah mencipta jari palsu untuk menggantikan jari Yakuza yang dipotong semasa hidup dalam jenayah. Dengan itu, bekas Yakuza ini dapat menperolehi pekerjaan yang normal dengan lebih mudah.

Yakuza merupakan sindiket jenayah terancang yang amat terkenal dengan kod peraturan yang ketat. Apabila seorang ahli mereka membuat satu kesalahan yang serius, dia dikehendaki untuk melaksanakan upacara yang dikenali sebagai "yubitsume", yang bermaksud memotong jari sendiri sebagai satu bentuk pendamaian.



Biasanya, jari kelingking kiri adalah yang pertama dipotong, tetapi kesilapan yang berulang boleh menyebabkan beberapa jari ahli Yakuza lagi akan hilang. Ia menjadi stigma yang melambangkan keahlian semasa atau yang telah bersara dalam mafia di Negara Jepun. Bagi mereka yang telah "cuci tangan" akan mendapati mereka mengalami kepayahan untuk mencari kerja disebabkan oleh simbol kehilangan jari tersebut.

Kebanyakan Yakuza cuba untuk menyembunyikan jari mereka yang hilang di khalayak ramai dengan sentiasa menggenggam tangan, tetapi lama-kelamaan, kecacatan tersebut tidak akan dapat disembunyikan lagi.

7 Iklan yang kreatif tetapi memalukan

Jarang kita melihat iklan yang mempersendakan orang ramai yang melihatnya. Tetapi, terdapat syarikat iklan yang berfikiran diluar kotak dengan memberikan feedback secara langsung melalui iklan mereka. Jom lihat koleksi iklan yang amat kreatif tetapi mempunyai keberkesanan yang tinggi kepada sesiapa yang terkena!









Koleksi coli yang pelik dan unik (11 Gambar)

Pereka fesyen pakaian dalam wanita memang mempunyai personaliti gila-gila. Idea, design dan material yang digunakan kadang-kadang-kadang tidak masuk akal dan diluar jangkauan minda. Contohnya design coli dibawah (11 Gambar) . Jika difikirkan, sudah tentu produk coli dibawah tidak akan dipakai oleh mana-mana wanita. Tetapi siapa tahu, jika pereka fesyen berfikiran sebegitu, sudah tentu ada pembeli yang berfikaran sama.







Friday, 14 June 2013

Koleksi Gambar Ultraman VS Raksasa di Malaysia!

Asal ada kejadian runtuhan di Malaysia, mesti ada kaitan dengan Ultraman sedang melawan Raksasa berjaya dirakam. Begitulah rakyat Malaysia, ramai yang amat berbakat  dan kreatif dalam bidang edit mengedit. Ingat, selepas ini jika ada runtuhan, pasti anda sudah mengagak aksi ultraman dan raksasa akan dimuat naik ke dalam media sosial. Admin kumpulkan beberapa gambar aksi Ultraman VS Raksasa di lokasi runtuhan di seluruh Malaysia!










Wednesday, 12 June 2013

Petani di China mencipta lengan "bionik" buatan sendiri!


Apabila tidak mampu membeli lengan palsu yang agak mahal, seorang petani di Negara China mencipta sendiri lengan bionik tiruan daripada besi. Sun Jifa, dari Jilin wilayah China, kehilangan tangannya hampir sedekad yang lalu apabila terlibat dalam satu letupan ketika keluar memancing.

Selepas kemalangan itu, Sun hanya mampu membeli satu lengan bionik tiruan. Akibat kekurangan sumber-sumber yang diperlukan dan pengetahuan yang terbatas, beliau menghabiskan hampir sedekad yang membina pasangan sendiri lengan bionik.

Seperti yang anda dapat lihat dalam video, ciptaan beliau telah bertukar menjadi perniagaan yang menguntungkan, sehingga kini, Sun menganggarkan bahawa dia telah menjual lebih daripada 1000 lengan bionik tiruan buatan sendiri dalam lingkungan harga 3000 yuan ($ 490).

Sun, 53 berkata: "Dengan menggunakan tangan tiruan ini, saya boleh membantu keluarga dengan pelbagai kerja yang boleh saya lakukan. Saya boleh bertani dan bercucuk tanam. Oleh itu, saya bukanlah orang yang tidak berguna. Saya benar-benar berasa tanggungjawab saya semakin besar. Saya bukanlah orang yang membebankan. Saya boleh menjadi berguna."