Showing posts with label Video Best. Show all posts
Showing posts with label Video Best. Show all posts

Wednesday, 12 June 2013

Petani di China mencipta lengan "bionik" buatan sendiri!


Apabila tidak mampu membeli lengan palsu yang agak mahal, seorang petani di Negara China mencipta sendiri lengan bionik tiruan daripada besi. Sun Jifa, dari Jilin wilayah China, kehilangan tangannya hampir sedekad yang lalu apabila terlibat dalam satu letupan ketika keluar memancing.

Selepas kemalangan itu, Sun hanya mampu membeli satu lengan bionik tiruan. Akibat kekurangan sumber-sumber yang diperlukan dan pengetahuan yang terbatas, beliau menghabiskan hampir sedekad yang membina pasangan sendiri lengan bionik.

Seperti yang anda dapat lihat dalam video, ciptaan beliau telah bertukar menjadi perniagaan yang menguntungkan, sehingga kini, Sun menganggarkan bahawa dia telah menjual lebih daripada 1000 lengan bionik tiruan buatan sendiri dalam lingkungan harga 3000 yuan ($ 490).

Sun, 53 berkata: "Dengan menggunakan tangan tiruan ini, saya boleh membantu keluarga dengan pelbagai kerja yang boleh saya lakukan. Saya boleh bertani dan bercucuk tanam. Oleh itu, saya bukanlah orang yang tidak berguna. Saya benar-benar berasa tanggungjawab saya semakin besar. Saya bukanlah orang yang membebankan. Saya boleh menjadi berguna."

Sunday, 2 June 2013

Wow! Lakonan mantap dari seorang Pak Menteri!

Lakonan dan Politik memang tidak dapat dipisahkan. Jangan tidak tahu, ahli politik memang pandai berlakon bila berhadapan dengan rakyat. Tetapi, apa yang pelik ialah rata-rata ahli politik tidak dapat berlakon dalam satu set lakonan dimana terdapatnya pengarah, skrip dan lain-lain lagi. Ada yang mencuba tetapi ternyata kaku dan menggelikan buat para penonton. Agaknya mereka tidak boleh di arah mungkin kerana tingginya ego mereka?

Berbeza dengan Pak Menteri Belia dan Sukan kita yang baru. YB. Khairy Jamaluddin yang berlakon dalam  siri filem pendek 15Malaysia yang bertajuk Meter. Lakonan beliau amat berkesan. Sebagai rakyat biasa, admin sendiri kagum dengan lakonan Pak Menteri kita ini. Semoga lebih banyak lakonan seperti ini dihasilkan kerana ternyata rakyat Malaysia tidak kira bangsa, agama, dan parti amat menyukainya!

Tuesday, 28 May 2013

Kucing tengah berak punca Perlawanan Pahang VS JDT ditunda

Pertemuan antara Johor DT dan Pahang yang sepatutnya bermula jam 8.45 malam gagal dimulakan mengikut jadual selepas lebih 7,000 penyokong kedua-dua pasukan memenuhi trek stadium sekali gus memaksa polis, PBNP, Persatuan Bola Sepak Negeri Johor (PBNJ) dan FAM mengadakan mesyuarat tergempar untuk mencari jalan penyelesaian.

Selepas lebih dua jam tanpa kepastian, akhirnya pengumuman dibuat untuk menunda perlawanan itu apabila penyokong Johor DT di dalam stadium dilempar batu oleh penyokong Pahang yang berada di luar stadium.

Di sebalik kekecohan yang berlaku, terdapat kejadian lain yang menarik perhatian penonton. Seekor kucing telah membuat keputusan genting dengan bertindak berak di tengah padang! Menurut sumber, kejadian itu juga merupakan punca perlawanan Pahang VS JDT ditunda kerana kedua-dua pasukan tidak mahu mengambil risiko kasut bola mereka terkena tahi kucing tersebut. Apa dah jadi!

Saturday, 25 May 2013

Cara yang betul menunggang motorsikal di India

Di Negara China, satu keluarga hanya dibenarkan melahirkan seorang anak. Tetapi di India, berlainan pula kisahnya. Satu keluarga boleh menunggang 1 buah motorsikal, malah bersama-sama dengan haiwan ternakan! Hebat...
 

Monday, 20 May 2013

PSY - Gentleman, Klip Tarian baru yang mula menjadi Viral!

Seperti Video Klip Gangnam Style daripada PSY menjadi ikutan seluruh dunia, PSY sekali lagi keluar dengan Klip Lagu baru bertajuk Gentleman. Setelah diupload ke dalam Youtube pada 13 April 2013, bilangan pengunjung setakat ini telah mencecah 346 Juta. Tarian Gentleman juga semakin diterima dan mula menjadi viral. Banyak video parody tarian gentleman diupload ke Youtube dalam masa sebulan.

Adakah video klip Gentleman daripada PSY ini mampu menjadi se-VIRAL klip Gangnam Style?

Klip asal PSY- Gentleman


TengokTVonline letakkan koleksi tarian parody PSY-Gentleman:

Cute Korean
Klik Readme Video lain



Melayu Bertudung pun ada? WTFISH!


Ini parody favorite Admin TTO. Jangan marah :)



Parody Little PSY


Daripada filipina

[Video] Kuasa Konsentrasi daripada Miyoko Shida Rigolo

Wajib Tengok! Persembahan memukau daripada Miyoko Shida. Konsentrasi yang amat jitu mengimbangi struktur yang bermula dengan hanya satu bulu putih!

 

Share dan like!

Saturday, 18 May 2013

WOW! Sheyla membelanjakan hampir 1 Juta untuk pembedahan pembesaran payudaranya

Sheyla Hershey (lahir pada 19 Disember 1979) adalah seorang suri rumah yang menetap di Houston, Texas sejak tahun 2000-an. Beliau dikenali dengan implan payudara yang sangat ekstrim. Saiz payudara semulajadinya ialah Cup Saiz B. Pada bulan Mei 2008, selepas 8 operasi, dia mempunyai saiz coli direkodkan sebesar 34FFF. Pada akhir Januari 2009, selepas operasi pembesaran lain di Negara kelahirannya di Brazil, Saiz payudara beliau telah dilaporkan menjadi 38KKK. Ketagihan yang amat pelik!

Video - Jaga Maklumat Peribadi Anda Di Laman Sosial

Video pengajaran untuk semua. Elakkan dedah maklumat peribadi anda di dalam internet. Facebook, Twitter, Instagram dan berbagai lagi laman social adalah jerat yang paling berkesan bagi sesiapa yang berniat jahat menggunakan maklumat peribadi anda untuk agenda buruk mereka!

VIDEO BEST: Kanak-Kanak Nyanyi Lagu "Hey Jude"

Antara Lagu paling Popular The Beatles '"Hey Jude." Kanak-kanak Empat tahun Ha Youngwoong dari Korea pasti membuatkan anda terpegun dan terpesona dengan aksinya menyanyikan lagu ini. Enjoy!