Showing posts with label Video Pelik. Show all posts
Showing posts with label Video Pelik. Show all posts

Sunday, 16 June 2013

Pertandingan Tiru Gaya Babi dalam Festival Babi

La Pourcailhade (juga dikenali sebagai La Fete du Cochon atau Festival Babi) adalah satu perayaan untuk babi yang diadakan setiap tahun pada bulan Ogos di Bandar indone-sur-Ba�se, Perancis. 

Perayaan babi ini pertama kali diadakan pada tahun 1975 dan dianjurkan oleh La Confr�rie du Cochon atau Persatuan Babi. Pesta ini mempunyai banyak acara seperti pameran baka babi, pertandingan paling banyak makan dan pelbagai lagi pertandingan lain. Pertandingan yang paling popular adalah "Le Championnat de France du Cri de Cochon" ("Kejohanan Tiru Gaya Babi"), di mana peserta perlu meniru gaya babi dengan membuat pelbagai aksi menyerupai babi seperti kostum, tingkah laku dan suara babi.

Komen Admin: Kecik-kecik tak nak mampus, dah besar nak jadi babi. Berapa banyak perkataan babi daaa...

Lagi Gambar Pertandingan Tiru Gaya Babi:



Tuesday, 28 May 2013

Kucing tengah berak punca Perlawanan Pahang VS JDT ditunda

Pertemuan antara Johor DT dan Pahang yang sepatutnya bermula jam 8.45 malam gagal dimulakan mengikut jadual selepas lebih 7,000 penyokong kedua-dua pasukan memenuhi trek stadium sekali gus memaksa polis, PBNP, Persatuan Bola Sepak Negeri Johor (PBNJ) dan FAM mengadakan mesyuarat tergempar untuk mencari jalan penyelesaian.

Selepas lebih dua jam tanpa kepastian, akhirnya pengumuman dibuat untuk menunda perlawanan itu apabila penyokong Johor DT di dalam stadium dilempar batu oleh penyokong Pahang yang berada di luar stadium.

Di sebalik kekecohan yang berlaku, terdapat kejadian lain yang menarik perhatian penonton. Seekor kucing telah membuat keputusan genting dengan bertindak berak di tengah padang! Menurut sumber, kejadian itu juga merupakan punca perlawanan Pahang VS JDT ditunda kerana kedua-dua pasukan tidak mahu mengambil risiko kasut bola mereka terkena tahi kucing tersebut. Apa dah jadi!

Saturday, 25 May 2013

Cara yang betul menunggang motorsikal di India

Di Negara China, satu keluarga hanya dibenarkan melahirkan seorang anak. Tetapi di India, berlainan pula kisahnya. Satu keluarga boleh menunggang 1 buah motorsikal, malah bersama-sama dengan haiwan ternakan! Hebat...
 

Saturday, 18 May 2013

WOW! Sheyla membelanjakan hampir 1 Juta untuk pembedahan pembesaran payudaranya

Sheyla Hershey (lahir pada 19 Disember 1979) adalah seorang suri rumah yang menetap di Houston, Texas sejak tahun 2000-an. Beliau dikenali dengan implan payudara yang sangat ekstrim. Saiz payudara semulajadinya ialah Cup Saiz B. Pada bulan Mei 2008, selepas 8 operasi, dia mempunyai saiz coli direkodkan sebesar 34FFF. Pada akhir Januari 2009, selepas operasi pembesaran lain di Negara kelahirannya di Brazil, Saiz payudara beliau telah dilaporkan menjadi 38KKK. Ketagihan yang amat pelik!