Showing posts with label Cerita Serius. Show all posts
Showing posts with label Cerita Serius. Show all posts

Wednesday, 19 June 2013

6 Gambar Kereta dirempuh kereta api di Kota Kinabalu

Gambar-gambar yang admin dapat melalui share daripada facebook




Ini pula berita yang dilaporkan oleh Bernama
KOTA KINABALU - Tiga pelancongan Hong Kong cedera manakala seorang lagi terselamat apabila kereta yang mereka naiki dirempuh kereta api di Jalan Lintas berhampiran jejambat Lapangan Terbang Antarabangsa Kota Kinabalu (KKIA) dekat sini, hari ini.
 
Dalam kejadian pukul 5.35 petang itu, kereta sewa jenis Hyundai yang dinaiki oleh empat pelancong termasuk dua wanita dipercayai gagal berhenti di lintasan kereta api di persimpangan ke KKIA.
 
Ketua Polis Daerah Kota Kinabalu ACP Jauteh Dikun berkata kesemua mangsa yang cedera itu dihantar ke Hospital Queen Elizabeth untuk rawatan lanjut.
 
"Pihak kami dimaklumkan bahawa kereta api berkenaan sedang dalam perjalanan dari Kota Kinabalu menghala ke Beaufort berlangggar dengan sebuah kenderaan.
 
"Akibat rempuhan itu, kenderaan mangsa berpusing dan terbabas sebelum melanggar kereta Perodua Myi dan sebuah basikal," katanya ketika ditemui di tempat kejadian.

Beliau berkata setakat ini tiada sebarang kemalangan jiwa dilaporkan dan tiada butiran lanjut tentang identiti mangsa.

Sementara itu, Pegawai Perhubungan Awam Jabatan Bomba dan Penyelamat Sabah Mohd Affendi K.Ramin berkata pihaknya terpaksa memotong pintu kenderaan terbabit  untuk mengeluarkan salah seorang mangsa yang tersepit.
 
Beliau berkata pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian itu pada pukul 5.45pm dan mengerahkan satu jentera bersama 12 anggota bergegas ke tempat kejadian.
 
Kesemua pelancong berkenaan difahamkan adalah bersaudara dan dalam perjalanan ke lapangan terbang itu untuk menaiki penerbangan pulang ke negara mereka malam ini.
 
Dalam pada itu, Timbalan Ketua Menteri Sabah Tan Sri Joseph Pairin Kitingan, yang melawat lokasi kejadian, berkata beliau terharu dengan kejadian di luar jangkaan itu.
 
"Mengikut laporan awal pemandu kereta api, pemandu berkenaan telah menggunakan brek kecemasan untuk mengelakkan daripada melanggar kereta mangsa. Bagaimanapun, kereta api itu mengambil masa untuk berhenti," katanya.
 
Mengikut laporan awal, Pairin berkata kenderaan lain sudah berhenti setelah diberi isyarat tangan oleh pengawal landasan kereta api kecuali kereta mangsa.
 
Pairin, yang juga Menteri Pembangunan Infrastruktur negeri, mengarahkan supaya pihak berkenaan memasang papan tanda yang lebih besar dan palang atau pagar yang boleh digunakan secara manual untuk memberhentikan kenderaan.  - Bernama

Tuesday, 18 June 2013

Hack Komputer - Pelajar ditahan kerana menggubah Grad Keputusan Peperiksaan


Tiga orang pelajar di Sekolah Tinggi Prescott, Amerika Syarikat  telah didakwa atas kesalahan menggubah Grad Keputusan Peperiksaan mereka.

Polis Prescott mengatakan bahawa ketiga-tiga remaja lelaki yang terlibat telah membeli "Key Logger", sejenis peranti yang membolehkan mereka untuk mengakses rekod guru, termasuk Grad Keputusan Peperiksaan. Mereka dikatakan telah memulakan aktiviti hacking mereka bermula pada bulan Januari, dan dijalankan menggunakan komputer perpustakaan sekolah.

Seorang guru telah menyedari  Grad keputusan salah seorang remaja tersebut tidak konsisten dengan pencapaian dan prestasinya ketika di dalam kelas. Jabatan IT sekolah mengesahkan bahawa Grad Keputusan sememangnya telah diubah.

Dalam temubual bersama ketiga-tiga remaja berkenaan, mereka mengakui telah melakukan kesalahan tersebut. Akhirnya, ketiga-tiga mereka telah dijatuhi hukuman iaitu dimasukkan kedalam tahanan juvana atas tuduhan feloni menyalahgunakan rekod awam dan penyalahgunaan komputer.

Polis dan Sekolah itu juga mengesahkan tiada penglibatan luar dalam kejadian ini.

Komen Admin:
1) Guru-guru kat Malaysia kena berjaga-jaga
2) Pelajar yang rasa dirinya sukar nak score A dalam semua subjek. Boleh try hack atau upah hacker. Gurau je. hehe

Sunday, 16 June 2013

7 gambar ahli tinju sebelum dan selepas perlawanan

Sukan tinju merupakan salah satu sukan yang telah lama dipertandingkan. Menurut sejarah sukan tinju sudah diterima sejak zaman Yunani purba sebagai satu sukan dalam Olimpik seawal 688 sebelum masihi. Sukan tinju sememangnya sukan yang diminati kerana sukan ini memberikan adrenaline bukan sahaja kepada pininju tetapi bagi penontonnya juga. 

Tetapi, disebalik kehebatan sukan tinju, terdapat kesan lain yang diterima oleh peninju yang tidak lain dan tidak bukan kesan lebam pada seluruh anggota badan selepas beradu tenaga. Oleh itu, jom kita saksikan 7 gambar keadaan peninju sebelum dan selepas perlawanan mereka:









Wednesday, 5 June 2013

Al-Fatihah kepada adik Syafiq Imran, Atlet Pelapis Sukan Berbasikal

Gambar Basikal Mohd Syafiq Imran yang terperosok di bawah lori
KUALA TERENGGANU: Seorang atlet pelapis sukan berbasikal maut manakala dua yang lain cedera selepas terbabit dalam kemalangan di Kampung Gemuruh, Kuala Terengganu.

Kejadian berlaku berhampiran jambatan Kampung Gemuruh, Jalan Kelantan-Kuala Terengganu kira kira jam 9.30 pagi tadi. Mangsa yang meninggal dunia dikenali sebagai Muhammmad Syafiq Imran Syahril berusia 15 tahun dari Kampung Cabang Tiga, Kuala Terengganu.


Menurut Jurulatih Persatuan Lumba Basikal Terengganu (PLBT) Syed Mohd Hussaini Syed Mazlan, Allahyarham dipercayai cuba mengelak lubang lalu tercampak ke kanan jalan bersama beberapa yang lain. Mangsa, pelajar tingkatan tiga Sekolah Menengah Padang Negara yang jatuh tidak sempat menyelamatkan diri kemudianya dilanggar sebuah lori dari arah bertentangan.

Manakala dua pelatih yang cedera adalah Ahmad Fikri Ahmad Faddli, 14 tahun dan Che Ku Mohd Nazmie Che Ku Romli, 19 tahun . Mereka di rawat di Hospital Sultanah Nur Zahirah, Kuala Terengganu sebagai pesakit luar. Menurut Che Ku Mohd Nazmi, beliau bersama mangsa tercampak ke laluan sebelah.

Sekitar gambar lokasi kemalangan:




*Salam Takziah , buat keluarga adik Shafiq Imran. Semoga rohnya dicucuri Rahmat dan ditempatkan dikalangan orang-orang yang beriman dan beramal Soleh. Amin. Al-Fatihah