Friday, 14 June 2013

Koleksi Gambar Ultraman VS Raksasa di Malaysia!

Asal ada kejadian runtuhan di Malaysia, mesti ada kaitan dengan Ultraman sedang melawan Raksasa berjaya dirakam. Begitulah rakyat Malaysia, ramai yang amat berbakat  dan kreatif dalam bidang edit mengedit. Ingat, selepas ini jika ada runtuhan, pasti anda sudah mengagak aksi ultraman dan raksasa akan dimuat naik ke dalam media sosial. Admin kumpulkan beberapa gambar aksi Ultraman VS Raksasa di lokasi runtuhan di seluruh Malaysia!










Wednesday, 12 June 2013

Petani di China mencipta lengan "bionik" buatan sendiri!


Apabila tidak mampu membeli lengan palsu yang agak mahal, seorang petani di Negara China mencipta sendiri lengan bionik tiruan daripada besi. Sun Jifa, dari Jilin wilayah China, kehilangan tangannya hampir sedekad yang lalu apabila terlibat dalam satu letupan ketika keluar memancing.

Selepas kemalangan itu, Sun hanya mampu membeli satu lengan bionik tiruan. Akibat kekurangan sumber-sumber yang diperlukan dan pengetahuan yang terbatas, beliau menghabiskan hampir sedekad yang membina pasangan sendiri lengan bionik.

Seperti yang anda dapat lihat dalam video, ciptaan beliau telah bertukar menjadi perniagaan yang menguntungkan, sehingga kini, Sun menganggarkan bahawa dia telah menjual lebih daripada 1000 lengan bionik tiruan buatan sendiri dalam lingkungan harga 3000 yuan ($ 490).

Sun, 53 berkata: "Dengan menggunakan tangan tiruan ini, saya boleh membantu keluarga dengan pelbagai kerja yang boleh saya lakukan. Saya boleh bertani dan bercucuk tanam. Oleh itu, saya bukanlah orang yang tidak berguna. Saya benar-benar berasa tanggungjawab saya semakin besar. Saya bukanlah orang yang membebankan. Saya boleh menjadi berguna."

Friday, 7 June 2013

Ngeri, anggota badan yang boleh dimakan



Mungkin anda menyangka bahawa gambar di atas adalah gambar sebenar anggota badan manusia, kerana bentuknya amat mirip dan sukar untuk dibezakan. Jika andaian anda begitu maka anda salah, gambar tersebut adalah gambar makanan yang boleh dimakan, bahan asasnya ialah daripada roti yang sengaja direka serupa dengan potongan tubuh manusia.

Memang agak mengerikan jika melihatnya buat pertama kali, roti tubuh badan manusia ini direka oleh seorang pembuat roti, Kittiwat Unarrom yang berasal dari Thailand. Kittiwat juga mengatakan roti potongan tubuh ini dibuat dengan pelbagai perasa, seperti kebanyakan roti, iaitu strawberi, mocca, keju, dan cream. 

Idea gila ini terhasil apabila si pembuat roti tersebut mendapat inspirasi setelah menonton filem "Saw", sebuah filem seram/horror, jika admin dipelawa untuk memakan roti ini, sudah tentu admin menolaknya. Jika ada pembaca yang berani dan ingin mencubanya, bolehlah melawat kilang roti Kittawat di Ratchaburi, sekitar satu jam dari barat Bangkok. Gambar-gambar lain dibawah :









Wednesday, 5 June 2013

Al-Fatihah kepada adik Syafiq Imran, Atlet Pelapis Sukan Berbasikal

Gambar Basikal Mohd Syafiq Imran yang terperosok di bawah lori
KUALA TERENGGANU: Seorang atlet pelapis sukan berbasikal maut manakala dua yang lain cedera selepas terbabit dalam kemalangan di Kampung Gemuruh, Kuala Terengganu.

Kejadian berlaku berhampiran jambatan Kampung Gemuruh, Jalan Kelantan-Kuala Terengganu kira kira jam 9.30 pagi tadi. Mangsa yang meninggal dunia dikenali sebagai Muhammmad Syafiq Imran Syahril berusia 15 tahun dari Kampung Cabang Tiga, Kuala Terengganu.


Menurut Jurulatih Persatuan Lumba Basikal Terengganu (PLBT) Syed Mohd Hussaini Syed Mazlan, Allahyarham dipercayai cuba mengelak lubang lalu tercampak ke kanan jalan bersama beberapa yang lain. Mangsa, pelajar tingkatan tiga Sekolah Menengah Padang Negara yang jatuh tidak sempat menyelamatkan diri kemudianya dilanggar sebuah lori dari arah bertentangan.

Manakala dua pelatih yang cedera adalah Ahmad Fikri Ahmad Faddli, 14 tahun dan Che Ku Mohd Nazmie Che Ku Romli, 19 tahun . Mereka di rawat di Hospital Sultanah Nur Zahirah, Kuala Terengganu sebagai pesakit luar. Menurut Che Ku Mohd Nazmi, beliau bersama mangsa tercampak ke laluan sebelah.

Sekitar gambar lokasi kemalangan:




*Salam Takziah , buat keluarga adik Shafiq Imran. Semoga rohnya dicucuri Rahmat dan ditempatkan dikalangan orang-orang yang beriman dan beramal Soleh. Amin. Al-Fatihah




Tuesday, 4 June 2013

Fakta: Manfaat Seks yang perlu anda tahu


Apabila bercakap mengenai Seks, pasti rata-rata pembaca berfikiran bahawa seks adalah menyeronokkan. Namun sebenarnya, ada manfaat yang lebih baik daripada itu. Hubungan Seks boleh membantu mengurangkan demam dimana Seks menjadi Antihistamine semula jadi yang melawan demam dan juga asma.

Bagi perempuan khususnya, apabila mengadakan hubungan Seks, badan perempuan akan menghasilkan lebih banyak hormon estrogen dimana manfaat yang diperolehi ialah rambut mereka akan lebih berkilat dan kulit mereka akan menjadi halus dan lembut. Selain itu, Seks juga membakar kalori dan menguatkan otot.

Kebaikan yang lain ialah Seks boleh menajamkan deria rasa dan bertindak sebagai ubat penahan sakit semula jadi. Hal itu terjadi apabila berlakunya peningkatan hormon oxytocin dan melepaskan sejumlah besar hormon endorfin. Ramai yang sudah tahu, hormon endorfin berfungsi sebagai penahan sakit dan mengurangkan keresahan dan stress. Soalan cepumas Admin TTO, adakah anda Stress?

Monday, 3 June 2013

Gaya terkini potongan rambut di Jepun. Cool?

Negara Jepun memang terkenal dengan fashion menarik, pelik dan seksi. Sekiranya anda melancong ke Jepun, pasti anda terasa kagum malah terkejut dengan fashion rakyat Jepun. Itu lah yang berlaku di jalan-jalan Bandaraya moden di Jepun.

Terkini, Jepun sekali lagi memperkenalkan fashion rambut dengan gaya terbaru. Sebuah Saloon di Osaka menawarkan perkhidmatan yang agak luar biasa kepada pelanggannya.

Saloon itu menawarkan perkhidmatan mewarna, dan menggayakan rambut seseorang menyerupai tomato, bolasepak, malah pelbagai gaya rambut yang pelik. Menarik, tapi mahukah anda mencubanya di Malaysia. Sudah tentu dikatakan GILA.






Sunday, 2 June 2013

Kenyataan Melampau, Pemilik "Blog Serius" hina Agong/Sultan Kedah?

Admin TTO terkejut apabila berlegar di ruang Internet, seorang blogger "terkenal" Malaysia pemilik kepada blog Serius, dikatakan telah menghina dan merendah-rendahkan darjat agong, Sultan Abdul Halim Mu'adzam Shah di dalam akaun twitter milik beliau.

Screenshot tweeter blogger "blog Serius"
Setelah admin melihat sendiri screenshot yang diambil mengenai statement blogger "terkenal " ini, memang terdapat unsur merendah-rendahkan darjat Agong. Seolah-olah beliau menyamakan Sultan dengan Ahli politik yang mendapat elaun dan perlu bekerja untuk rakyat?


Dan paling mendukacitakan, Blogger "terkenal" ini seolah-olah menyamakan darjat sultan kedah dengan seorang pakcik anjing dan kucing liar?. Admin secara peribadi memang amat tidak bersetuju dengan statement blogger ini.

Rakyat Malaysia dan Rakyat Kedah khususnya, terpulang kepada anda untuk menilainya!

#UPDATE: Setelah mendapat tahu Pakcik Anjing Kedah merujuk kepada Pak Mie yang menjaga Anjing terbiar. Tetapi Admin tetap berpendapat kenyataan blogger tersebut amat mendukacitakan. Kenyataan seperti "agong is just a puppet" & "a waste of rakyats money" amat tidak patut dikeluarkan!