Friday, 21 June 2013

Suami Isteri ditahan kerana membiarkan anak berumur 9 tahun memandu Ferrari



Beberapa bulan yang lalu, video seorang kanak-kanak berumur 9 tahun memandu kereta Ferrari telah menjadi viral di Youtube. Ramai memberikan komen yang baik, tetapi turut menerima banyak kritikan mengatakan bahawa perbuatan itu tidak patut dan ibu bapa kanak-kanak tersebut meletakkan nyawa anak mereka dalam bahaya.

Mohammed Nisham, bapa kanak-kanak tersebut telah ditangkap oleh pihak polis atas dakwaan membiarkan anaknya memandu kereta justeru membahayakan nyawa anaknya. Beliau dibebaskan tidak lama selepas diikat jamin dengan 5,000 Rupiah (RM270).

Video itu telah dirakam oleh ibu kanak-kanak tersebut yang menunjukkan anaknya berumur 9 tahun sedang memandu Ferrari F430 bersama dengan adiknya berumur 5 tahun yang duduk di bahagian penumpang.

Bapa kanak-kanak tersebut mempunyai perusahaan tembakau yang berkembang maju dan perniagaan hartanah, dan dikatakan memiliki 18 kereta bernilai kira-kira RM12 juta.


Walaupun kereta Ferrari itu masih dalam tahanan polis, Ferrari itu dikatakan akan dikembalikan kepada keluarga Nisham selepas siasatan lanjut.

Sementara itu, ibu bapa kanak-kanak tersebut tidak berasa malu walaupun selepas kejadian itu.

"Saya berbangga dengannya. Dia telah memandu sejak berusia 5 tahun "kata ibunya, Amal Nisham.

Ibunya turut berkata anaknya itu juga telah memandu Lamborghini dan Bentley serta kereta-kereta mewah lain milik mereka. Menurutnya lagi, hari tersebut adalah hari jadi ke 9 tahun untuk anaknya dan anaknya telah telah meminta untuk membiarkan dia memandu kereta. Sebab itulah mereka membenarkan anaknya untuk berbuat demikian.

"Dia adalah seorang pemandu yang berhati-hati dan yakin," katanya. "Tidak mudah untuk seorang kanak-kanak mencapai apa-apa pencapaian sebegitu pada usia muda seperti dia" katanya.

Thursday, 20 June 2013

Kejam! Bayi lelaki ini diselamatkan dari paip kumbahan di China


Seorang bayi lelaki yang baru lahir semakin pulih di Hospital di China selepas diselamatkan dari paip kumbahan tandas oleh anggota bomba. Bayi tersebut terperangkap didalam paip berbentuk L. Bomba terpaksa memotong paip tersebut secara berhati-hati untuk mengeluarkan bayi itu.

Seorang penyewa mendengar tangisan bayi di dalam tandas awam bangunan kediaman di wilayah Zhejiang di timur China. Operasi menyelamat mengambil masa dua jam dan kejadian ini telah disiarkan secara meluas di media dan laman web China.

Bayi itu yang dinamakan "Baby No. 59" mengikut bilangan inkubator hospital itu dilaporkan selamat, berita yang meluas membuatkan ramai orang awam datang berduyun-duyun ke hospital berkenaan dengan membawa lampin, pakaian bayi, susu tepung dan menawarkan untuk menjaga dan menjadi ibu bapa angkat kepada bayi tersebut.

Bayi seberat 2.8 kilogram (6.2 paun) itu masih mempunyai tali pusat melekat pada tubuhnya. Kadar denyutan jantungnya adalah rendah dan terdapat luka di kepala dan anggota badan, tetapi sebahagian besar kesihatan bayi tersebut tidak terjejas.

Polis mengesyaki kes ini adalah kes pembuangan bayi dan meletakkan kes ini sebagai percubaan membunuh.

Komen admin: Apa nak jadi dengan manusia zaman sekarang. Malaysia pun tidak lari dengan kes sebegini. Kejam!

Lelaki Arab menolak tawaran RM12 Juta untuk sebiji "batu neraka"


Ketika dalam perjalanan melalui sebuah gunung berhampiran sempadan Yaman, seorang lelaki Arab dikenali sebagai Saleh Musfer Al Gamdi telah menemui sebiji batu yang amat pelik.

Menurut beliau, batu tersebut mungkin seperti yang telah disebut dalam satu ayat Al-Quran, di mana Allah telah menghantar burung Ababil untuk membuang batu-batu Sejil (batu neraka) untuk memusnahkan tentera yang diketuai oleh ketua perang Abrahah dari Yaman yang mahu meruntuhkan Kaabah di Tanah Suci Makkah


Setahun selepas beliau menemui batu tersebut, beliau telah ditawarkan $4 Juta(RM12 Juta)  untuk batu tersebut oleh pembida. Batu itu mempunyai keunikan dimana terdapat lukisan burung dan gajah dan berat 131 gram, betul-betul sama dengan perkataan yang disebut dalam ayat al-Quran mengenai batu itu iaitu dalam Surah Al-Fil.

Pakar menganggarkan bahawa batu itu berusia sejak hampir 1,442 tahun. Di samping itu, beliau memberitahu bahawa beliau telah menjumpai batu tersebut setelah bermimpi ayah dan datuknya, satu lagi sebab untuk beliau tidak menjualnya.

Wednesday, 19 June 2013

6 Gambar Kereta dirempuh kereta api di Kota Kinabalu

Gambar-gambar yang admin dapat melalui share daripada facebook




Ini pula berita yang dilaporkan oleh Bernama
KOTA KINABALU - Tiga pelancongan Hong Kong cedera manakala seorang lagi terselamat apabila kereta yang mereka naiki dirempuh kereta api di Jalan Lintas berhampiran jejambat Lapangan Terbang Antarabangsa Kota Kinabalu (KKIA) dekat sini, hari ini.
 
Dalam kejadian pukul 5.35 petang itu, kereta sewa jenis Hyundai yang dinaiki oleh empat pelancong termasuk dua wanita dipercayai gagal berhenti di lintasan kereta api di persimpangan ke KKIA.
 
Ketua Polis Daerah Kota Kinabalu ACP Jauteh Dikun berkata kesemua mangsa yang cedera itu dihantar ke Hospital Queen Elizabeth untuk rawatan lanjut.
 
"Pihak kami dimaklumkan bahawa kereta api berkenaan sedang dalam perjalanan dari Kota Kinabalu menghala ke Beaufort berlangggar dengan sebuah kenderaan.
 
"Akibat rempuhan itu, kenderaan mangsa berpusing dan terbabas sebelum melanggar kereta Perodua Myi dan sebuah basikal," katanya ketika ditemui di tempat kejadian.

Beliau berkata setakat ini tiada sebarang kemalangan jiwa dilaporkan dan tiada butiran lanjut tentang identiti mangsa.

Sementara itu, Pegawai Perhubungan Awam Jabatan Bomba dan Penyelamat Sabah Mohd Affendi K.Ramin berkata pihaknya terpaksa memotong pintu kenderaan terbabit  untuk mengeluarkan salah seorang mangsa yang tersepit.
 
Beliau berkata pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian itu pada pukul 5.45pm dan mengerahkan satu jentera bersama 12 anggota bergegas ke tempat kejadian.
 
Kesemua pelancong berkenaan difahamkan adalah bersaudara dan dalam perjalanan ke lapangan terbang itu untuk menaiki penerbangan pulang ke negara mereka malam ini.
 
Dalam pada itu, Timbalan Ketua Menteri Sabah Tan Sri Joseph Pairin Kitingan, yang melawat lokasi kejadian, berkata beliau terharu dengan kejadian di luar jangkaan itu.
 
"Mengikut laporan awal pemandu kereta api, pemandu berkenaan telah menggunakan brek kecemasan untuk mengelakkan daripada melanggar kereta mangsa. Bagaimanapun, kereta api itu mengambil masa untuk berhenti," katanya.
 
Mengikut laporan awal, Pairin berkata kenderaan lain sudah berhenti setelah diberi isyarat tangan oleh pengawal landasan kereta api kecuali kereta mangsa.
 
Pairin, yang juga Menteri Pembangunan Infrastruktur negeri, mengarahkan supaya pihak berkenaan memasang papan tanda yang lebih besar dan palang atau pagar yang boleh digunakan secara manual untuk memberhentikan kenderaan.  - Bernama

Tuesday, 18 June 2013

Hack Komputer - Pelajar ditahan kerana menggubah Grad Keputusan Peperiksaan


Tiga orang pelajar di Sekolah Tinggi Prescott, Amerika Syarikat  telah didakwa atas kesalahan menggubah Grad Keputusan Peperiksaan mereka.

Polis Prescott mengatakan bahawa ketiga-tiga remaja lelaki yang terlibat telah membeli "Key Logger", sejenis peranti yang membolehkan mereka untuk mengakses rekod guru, termasuk Grad Keputusan Peperiksaan. Mereka dikatakan telah memulakan aktiviti hacking mereka bermula pada bulan Januari, dan dijalankan menggunakan komputer perpustakaan sekolah.

Seorang guru telah menyedari  Grad keputusan salah seorang remaja tersebut tidak konsisten dengan pencapaian dan prestasinya ketika di dalam kelas. Jabatan IT sekolah mengesahkan bahawa Grad Keputusan sememangnya telah diubah.

Dalam temubual bersama ketiga-tiga remaja berkenaan, mereka mengakui telah melakukan kesalahan tersebut. Akhirnya, ketiga-tiga mereka telah dijatuhi hukuman iaitu dimasukkan kedalam tahanan juvana atas tuduhan feloni menyalahgunakan rekod awam dan penyalahgunaan komputer.

Polis dan Sekolah itu juga mengesahkan tiada penglibatan luar dalam kejadian ini.

Komen Admin:
1) Guru-guru kat Malaysia kena berjaga-jaga
2) Pelajar yang rasa dirinya sukar nak score A dalam semua subjek. Boleh try hack atau upah hacker. Gurau je. hehe

Monday, 17 June 2013

Lelaki ini ditangkap khalwat ketika berbulan madu


Lelaki berusia 21 tahun ini yang berasal dari Illinois telah ditangkap kerana telah melanggan pelacur semasa percutian bulan madu bersama pasangannya.

Ahmed, yang bercuti di Orlando, Florida dengan isteri yang baru dikahwininya, telah ditangkap apabila dia secara tidak sengaja telah bertemu dengan seorang detektif yang menyamar sebagai pelacur.

Dan apa yang lebih teruk ialah isterinya telah membuat laporan polis bahawa suaminya itu telah hilang kerana tidak pulang ke hotel, walhal si isteri tidak menyedari bahawa si suami telah berada dalam tahanan polis.

Ahmed adalah salah seorang daripada 92 orang yang terperangkap dalam operasi pihak berkuasa yang menyamar. Dalam tangkapan itu juga, seorang pastor muda berumur 45 tahun turut ditahan. Pastor tersebut  pergi ke bandar itu untuk menghadiri persidangan dan dipercayai telah melanggan seorang remaja berusia 14 tahun.

Sudah tentu kejadian ini merupakan tragedi terburuk yang dialami oleh Ahmed dan pasangannya. Belum sempat merasai nikmat berbulan madu, akhirnya madu yang manis bertukar menjadi pahit. Ahmed memang layak digelar sebagai seorang lelaki DAYUS!

Sunday, 16 June 2013

10 gambar wanita berotot pejal!

Lelaki berotot dikatakan seksi dan menjadi kegilaan ramai wanita diluar sana. Bagimana pula jika sebaliknya? adakah wanita berotot dikatakan seksi dan disukai oleh para jejaka di seluruh dunia? Bagi admin, memang admin reject awal-awal takut kena buli selepas kahwin nanti. anda pula bagaimana? jom lihat 10 gambar wanita berotot pejal dibawah:











7 gambar ahli tinju sebelum dan selepas perlawanan

Sukan tinju merupakan salah satu sukan yang telah lama dipertandingkan. Menurut sejarah sukan tinju sudah diterima sejak zaman Yunani purba sebagai satu sukan dalam Olimpik seawal 688 sebelum masihi. Sukan tinju sememangnya sukan yang diminati kerana sukan ini memberikan adrenaline bukan sahaja kepada pininju tetapi bagi penontonnya juga. 

Tetapi, disebalik kehebatan sukan tinju, terdapat kesan lain yang diterima oleh peninju yang tidak lain dan tidak bukan kesan lebam pada seluruh anggota badan selepas beradu tenaga. Oleh itu, jom kita saksikan 7 gambar keadaan peninju sebelum dan selepas perlawanan mereka:









Pertandingan Tiru Gaya Babi dalam Festival Babi

La Pourcailhade (juga dikenali sebagai La Fete du Cochon atau Festival Babi) adalah satu perayaan untuk babi yang diadakan setiap tahun pada bulan Ogos di Bandar indone-sur-Ba�se, Perancis. 

Perayaan babi ini pertama kali diadakan pada tahun 1975 dan dianjurkan oleh La Confr�rie du Cochon atau Persatuan Babi. Pesta ini mempunyai banyak acara seperti pameran baka babi, pertandingan paling banyak makan dan pelbagai lagi pertandingan lain. Pertandingan yang paling popular adalah "Le Championnat de France du Cri de Cochon" ("Kejohanan Tiru Gaya Babi"), di mana peserta perlu meniru gaya babi dengan membuat pelbagai aksi menyerupai babi seperti kostum, tingkah laku dan suara babi.

Komen Admin: Kecik-kecik tak nak mampus, dah besar nak jadi babi. Berapa banyak perkataan babi daaa...

Lagi Gambar Pertandingan Tiru Gaya Babi:



Saturday, 15 June 2013

Jari palsu untuk bekas ahli Yakuza


Shintaro Hayashi, seorang pakar pembuat prostetik dari Jepun, telah membantu ramai bekas anggota Yakuza atau Mafia Jepun sejak 10 tahun yang lepas. Beliau telah mencipta jari palsu untuk menggantikan jari Yakuza yang dipotong semasa hidup dalam jenayah. Dengan itu, bekas Yakuza ini dapat menperolehi pekerjaan yang normal dengan lebih mudah.

Yakuza merupakan sindiket jenayah terancang yang amat terkenal dengan kod peraturan yang ketat. Apabila seorang ahli mereka membuat satu kesalahan yang serius, dia dikehendaki untuk melaksanakan upacara yang dikenali sebagai "yubitsume", yang bermaksud memotong jari sendiri sebagai satu bentuk pendamaian.



Biasanya, jari kelingking kiri adalah yang pertama dipotong, tetapi kesilapan yang berulang boleh menyebabkan beberapa jari ahli Yakuza lagi akan hilang. Ia menjadi stigma yang melambangkan keahlian semasa atau yang telah bersara dalam mafia di Negara Jepun. Bagi mereka yang telah "cuci tangan" akan mendapati mereka mengalami kepayahan untuk mencari kerja disebabkan oleh simbol kehilangan jari tersebut.

Kebanyakan Yakuza cuba untuk menyembunyikan jari mereka yang hilang di khalayak ramai dengan sentiasa menggenggam tangan, tetapi lama-kelamaan, kecacatan tersebut tidak akan dapat disembunyikan lagi.

7 Iklan yang kreatif tetapi memalukan

Jarang kita melihat iklan yang mempersendakan orang ramai yang melihatnya. Tetapi, terdapat syarikat iklan yang berfikiran diluar kotak dengan memberikan feedback secara langsung melalui iklan mereka. Jom lihat koleksi iklan yang amat kreatif tetapi mempunyai keberkesanan yang tinggi kepada sesiapa yang terkena!









Koleksi coli yang pelik dan unik (11 Gambar)

Pereka fesyen pakaian dalam wanita memang mempunyai personaliti gila-gila. Idea, design dan material yang digunakan kadang-kadang-kadang tidak masuk akal dan diluar jangkauan minda. Contohnya design coli dibawah (11 Gambar) . Jika difikirkan, sudah tentu produk coli dibawah tidak akan dipakai oleh mana-mana wanita. Tetapi siapa tahu, jika pereka fesyen berfikiran sebegitu, sudah tentu ada pembeli yang berfikaran sama.